Saturday, November 21, 2015

Khatam Surah Al-An'am

Al-An’am, dari Ayat 121~130.  

121. Dan janganlah kamu makan dari apa-apa yang disembeleh dengan tidak disebut nama Allah atasnya, kerana sesungguhnya ia  itu satu dosa, dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu membisik kepada pengikut-pengikut mereka, supaya membantah kamu, dan jika kamu menurut mereka, sesungguhnya musriklah kamu.

122. Dan apakah orang yang mati, lalu kami hidupkan dia dan kami adakan baginya  cahaya yang ia berjalan dengan nya diantara manusia itu, sama seperti orang yang didalam kegelapan-kegelapan, yang tidak boleh kufur daripadanya ? demikian lah  dihiaskan bagi orang-orang kafir itu apa yang mereka telah kerjakan.

123. Dan demikianlah kami jadikan, dalam tiap-tiap desa,  beberapa orang besar yang durhaka supaya mereka menipu dia dalam dosa-dosa itu, tetapi mereka tidak menipu dia melainkan diri-diri mereka, pada hal mereka tidak sadar.

124. Dan apabila datang kepada mereka satu ayat, mereka berkata; “kami tidak akan percaya sehingga kami diberi seperti apa yang diberikan kepada utusan-utusan Allah”, tetapi Allah itu lebih mengetahui dimana patutnya ia letakkan risalah nya, akan mengenai orang-orang yang berdosa itu kehinaan pada sisi Allah dan azab yang pedih, lantaran mereka telah menipu dia.

125. Maka barang siapa Allah mahu pimpin dia, ia akan buka kan dadanya buat menerima agama Islam, dan barang siapa ia mahu sesatkan dia, ia akan dijadikan dadanya sangat sempit, seolah-olah  ia naik kelangit. Demikian lah Allah jadikan kotoran itu atas orang-orang yang tidak manu beriman.

126.. Dan ini lah jalan Tuhan mu yang lurus, sesungguhnya kami telah terangkan ayat-ayat kami bagi orang-orang yang mahu ingat.

127. Bagi merekalah kampung keselamatan  pada sisi Tuhan mereka, dan ialah penolong mereka dengan sebab amal yang mereka telah kerjakan.

128. Dan ingatlah hari yang ia  akan hidupkan mereka sekelian, lalu berkata; “hai golongan Jin ! sesungguhnya kamu telah mendapat banyak hasil dari manusia”, berkata pengikut-pengikut mereka dari manusia; “hai Tuhan kami ! Sebahagian dari kami telah bersenang-senang dengan sebahagian, dan kami telah sampai kepada waktu  kami yang engkau telah tentukan untuk kami”,  ia berkata; “neraka lah tempat diam kamu dalam keadaan kekal padanya”, melainkan apa yang Allah kehendaki, kerana sesungguhnya Tuhan mu itu bijaksana, amat mengetahui.

129. Dan demikianlah kami iringkan sebahagian dari orang-orang yang zalim itu dengan sebahagian nya, lantaran amal yang mereka telah usahakan.

130. Hai kumpulan Jin dan manusia ! bukankah telah datang kepada kamu beberapa Rasul dari jenis  kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat kami dan mengancam kamu dengan pertemuan kiamat ini ? mereka berkata; “kami telah saksikan kesalahan diri-diri kami”, kerana mereka ditipu oleh penghidupan dunia, sedangkan mereka menyaksikan kesalahan diri-diri mereka, bahawa sesungguhnya  mereka pernah jadi orang-orang kafir.


.


Following Twitter,
[] https://twitter.com/knajidgawabcom/status/668228861130223616


.

No comments:

Post a Comment